Unduk Ngadau 2017: Surat Terbuka untuk Kerinah Mah-Apabila ‘Faktor Pengucapan Awam’ menyerlahkan Aura dan Keyakinan diri anda.

(Foto-foto dalam artikel ini dipetik, dengan izin, dari Laman Facebook Rasmi Freddy Au Photography)

18767427_1877113712541705_3490449853930179601_n
Foto oleh Freddy Au Photography

(Artikel ini juga ditujukan kepada bakal peserta Unduk Ngadau 2018)

Tahniah kepada Kerinah Mah. Berdiri bulu roma saya mendengar cara anda membawa diri anda dalam pengucapan awam. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa anda menepati segala ciri yang kami sebutkan dalam artikel kami yang ditebitkan tidak lama dahulu (Klik SINI). Bacalah artikel tersebut dan anda akan menjumpai kesemua kata kunci, dalam kebanyakan soalan yang dikemukakan untuk sesi soal-jawab 7 finalis akhir.

Kami bukannya peramal soalan-soalan untuk pertandingan Unduk Ngadau. Apa yang kami gunakan untuk menulis artikel tersebut adalah Logik serta keupayaan memperkaitkan signifikannya Unduk Ngadau itu dalam zaman sekarang. Berkali-kali kami memohon bakal para peserta supaya bersedia untuk menjawab segala soalan dengan lancar dan tidak tergagap-gagap.

Dari kesemua 7 finalis Unduk Ngadau, kami berani mengatakan bahawa hanya Kerinah Mah mempunyai keyakinan diri dalam pengucapan awam. Faktor ini didorong oleh aura semulajadi yang sudah tertanam dalam mindanya sejak awal lagi. Sama ada beliau berlatih bersungguh-sungguh atau itu adalah keupayaan semulajadinya, hanya beliau yang tahu.

Sebelum anda meneruskan bacaan untuk artikel ini, hayati semula bagaimana kesemua 7 finalis Unduk Ngadau 2017 menerima, menganalisis serta menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka. Lihatlah bagaimana gerak tubuh atau gaya bahasa badan menunjukkan sepenuhnya keyakinan diri serta aura mereka masing-masing. Tumpukan perhatian kepada penggunaan kosa kata dalam bahasa ibunda dan juga bahasa Malaysia. Klik pautan ke YouTube yang disediakan oleh Saudara Nelson Micheal Jr di bawah. Tonton sehingga selesai video klip tersebut dan kembali ke artikel ini kemudiannya.

Pautan YouTube:

Q & A TOP 7 UNDUK NGADAU KAAMATAN 2017 oleh Nelson Micheal Jr

Soal kecantikan sudah menjadi hal kedua apabila 7 peserta sudah ditapis. Tiba masanya untuk melihat keterampilan mereka dari sudut intelektual serta keupayaan mereka membawa diri masing-masing, menilai kekuatan dalaman dan ‘kejujuran’ pemikiran mereka. Semuanya terhidang dalam jawapan yang diberikan.

Dalam artikel kami yang terdahulu, kami ada menyelitkan isu ini..

Apakah kelebihan anda berbanding para peserta lain? Apakah yang dapat anda tunjukkan kepada audiens berhubung kelainan misalnya dari sudut akademik, pengalaman, pekerjaan yang mencabar atau juga keupayaan bertutur beberapa bahasa antarabangsa. Ini semua tidaklah dinilai tetapi ia penting dalam ‘mendepankan’ diri anda berbanding peserta lain. (Pautan)

Kepada mereka yang memandang rendah terhadap isi penulisan kami, maaf, kami akhirnya menepati citarasa dan gaya pemikiran penganjur pertandingan. Kepada seorang peserta yang berada dalam kelompok finalis 7 dan telah mendapat soalan ini, anda nampaknya telah mengabaikan artikel kami. Jawapan yang anda berikan tidak menepati kehendak soalan.

Setakat punya Keyakinan diri, peramah dan baik hati tidak akan menjadikan anda sebagai Unduk Ngadau 2017. Itu bukan satu kelebihan. Itu satu sifat yang baik pada diri anda. Kelebihan itu merujuk kepada kekuatan anda berbanding para peserta lain.  Then there’s Panic Button when it comes to Tema, Perayaan dan kaitan dengan asas Perpaduan, ada seorang peserta yang tidak tahu menjawab soalan ini (Tema ya, seperti yang ditanya oleh Pengacara Majlis, bukan Pengajak ya).

Kami ada menyebut dalam artikel terdahulu;

“Aras pengetahuan para peserta menentukan keintelektualan mereka dan akhirnya membentuk cara mereka bertutur, memberikan jawapan yang diperlukan untuk soalan-soalan juri. Terdapat banyak contoh yang menunjukkan bagaimana sebahagian besar para peserta gagal memperlihatkan keterampilan diri semasa berkomunikasi.”

Kerinah Mah, anda bukan sahaja berjaya menjawab kedua-dua soalan dengan baik tetapi anda melakukannya dengan penuh gaya bersahaja, tidak tergagap-gagap, tidak menampakkan kepekatan slanga Bahasa Tempatan dan anda menjawab dengan nada serta tona perbualan seharian. 6 peserta yang lain, maaf, anda semua menjawab seperti ingin berpidato, bersajak atau membuat pengumuman diskaun di pasar raya.

Dari sesi soal-jawab sahaja sudah jelas terlihat siapakah Unduk Ngadau 2017. It all came down to how you delivered your answer, ringkas, padat, bersahaja and full of friendly tone. Itulah mesej yang kami cuba sampaikan dalam artikel kami yang terdahulu, iaitu bagaimana keyakinan diri dan aura mengatasi segala kualiti asas.

Soal kecantikan serta lain-lain aspek fizikal telah dinilai sebelum tahap Finalis 7. Yang membezakan antara kesemua 7 peserta akhir itu adalah bagaimana setiap individu tersebut ‘mendepankan’ diri mereka masing-masing menerusi dua perkara asas iaitu Keyakinan diri dan Aura. Dua faktor ini banyak mempengaruhi juri dalam menilai 7 finalis (selain aspek bahasa ibunda dan sebagainya).

Latihan itu amat penting. Latihan ‘Percakapan’ secara jelas itu adalah sesuatu yang mandatori. Seorang anak buah saya menyertai UN 2017 dan tidak berjaya masuk ke finalis 7. Beliau cantik tetapi saya melihat kepada aspek ‘Pembawaan diri menerusi Komunikasi, aura dan keyakinan diri’ yang akhirnya menjadi penghalang kepada kemaraan beliau. That’s ok, you can always try again next year my dear.

18891785_1877473509172392_6817862809800343534_o
Foto oleh Freddy Au Photography

Kerinah Mah menepati semua ciri yang kami sebutkan dalam artikel kami terdahulu (berkenaan keyakinan diri dan aura). Untuk mengadili sama ada Kerinah Mah adalah Unduk Ngadau yang sejati seperti mana yang kami harapkan pada Sherry Anne Laujang (Pautan), adalah masih terlalu awal. Berikan Kerinah Mah setahun untuk membuktikan bahawa dia wajar dinobatkan sebagai Unduk Ngadau yang tiada tarikh luputnya.

Kepada penganjur, kami mengucapkan tahniah terutamanya kepada Joanna Kitingan dan AJK beliau serta seluruh petugas yang bertanggungjawab menyempurnakan pertandingan UN 2017. Akhirnya, kita mempunyai seorang UN yang kurang kontrovesinya. Lupakan soal UN Bangi. Let’s move forward and learn from mistakes. Pun begitu, seorang rakan FB (Ben Uzair-Pautan) kami ada menberikan pandangan beliau iaitu;

“Unduk Ngadau council. I beg you. It is time to dig deeper and put capable, intellectual women of substance in the fore-front who can inspire other women and the youth to contribute to society.

I heard “mo jadi stewerdess, suka baca buku, gemar memasak” too often.

Where is the successful businesswoman?
Where is the Crossfiter?
Where is the marathoner?
Where is the marine scientist?
Where is the childhood educator?
Where is the polis wanita?
Where is the fitness coach?
Where is the doctorate candidate?
Where is the department manager?
Where is the image consultant?
Where is the motivational speaker?

— Where is the Unduk Ngadau contestant with the hunger for true success in a field of her choice? —

It is time to look beyond beauty, and empower women to be more successful than ever. Let’s dig deeper.

Don’t let the Unduk Ngadau pageant be a stage for just personal glory and short-lived fame. Let it be a platform to further contribute and enrich a community and society.

My two-cents.”

Kami senada dengan pandangan beliau. Selain dari mengharapkan UN yang menyamai jiwa Huminodun, sanggup berkorban untuk masyarakatnya (dalam konteks masa kini), kami juga mahu melihat UN yang mahu menjadi seorang IKON di mata masyarakat, agar beliau sentiasa dalam ingatan masyarakat Sabah. Hayati artikel kami pada tahun 2016 bertajuk Unduk Ngadau 2016: Is she the next Huminodun or a Beauty Queen for 365 days? (Pautan).

Secara berseloroh, kami juga senada dengan Ben Uzair apabila beliau secara berjenaka menyatakan bahawa Pemenang Unggul Pertandingan ini adalah Carrybeans! Benar, tanpa Carrybeans ramai yang tidak dapat mengikuti secara langsung pertandingan UN 2017. So thank you Carrybeans, you’re all awesome, do it again in 2018 ya.. as not all of us can attend that prestigious event.

18814994_1877473589172384_8393424844323980969_o
Foto oleh Freddy Au Photography

Kepada Kerinah Mah, terima kasih kerana telah menunjukkan contoh yang baik kepada bakal peserta Unduk Ngadau 2018 dalam aspek pengucapan awam. Anda sesungguhnya punya keyakinan diri yang tinggi dan aura itu jelas terlihat di wajah anda. Inilah antara Unduk Ngadau yang kami berdua sanjungi. Kehebatan anda mengatasi Unduk Ngadau 2016.

Akhirnya, anda menewaskan kesemua 6 finalis lain dan ia setentunya berarah serta berarak dari ‘Faktor Pengucapan Awam’ yang jelas memperlihatkan Keyakinan diri dan Aura anda. Kesemua 7 finalis, sama cantik tetapi tidak sama dari sudut dalaman, dari peragaan jiwa dan kekuatan mental. Ini membuktikan bahawa premis kami tepat iaitu..keyakinan diri dan aura mengatasi segala kualiti asas.

Sayugia diingatkan bahawa anda diharapkan terus menjadi contoh Unduk Ngadau yang baik. Gunakan baki 363 hari yang ada untuk menunjukkan bahawa anda mampu mempunyai semua ciri Huminodun (dalam konteks zaman kini). Berbakti kepada masyarakat anda di kampung halaman anda, gunakan semua pengaruh anda untuk memulakan satu projek yang baru dengan penyeliaan minimum Penganjur Pertandingan.

Itulah saja caranya untuk anda menunjukkan inisiatif anda. 363 hari dari sekarang, persembahan multimedia pada 31 Mei 2018 akan menunjukkan apa yang telah anda lakukan sepanjang memegang gelaran UN 2017. Janganlah tunjukkan kepada kami persembahan multimedia selama 10 minit yang penuh dengan aktiviti-aktiviti wajib seperti menanam pokok dan perjalanan anda ke merata tempat di dunia.

Tunjukkan kepada kami sesuatu yang boleh membanggakan kami sebagai masyarakat Sabah. Buat sesuatu yang ‘besar’ sehingga nama anda akan dijulang lebih lama dari 365 hari. Buktikan bahawa anda adalah Unduk Ngadau, yang punya jiwa Huminodun dalam jiwa anda. Biarlah air mata kami jatuh kerana kegembiraan pada 31 Mei 2018 kerana melihat sesuatu yang ‘dominan dan berbeza’ dalam aktiviti anda sepanjang 363 hari.

Mulakan dengan kampung halaman anda, sebagai contoh. Berikan sesuatu kepada mereka dengan menggunakan dana yang usahakan sendiri (dengan bantuan minimum KDCA). Gunakan kedudukan anda untuk mendapatkan dana yang lebih besar dari mereka yang berpengaruh. Projek bersifat kemasyarakatan atas inisiatif anda sendiri adalah sesuatu yang luar biasa.

Atau anda boleh saja membuktikan kepada Ben Uzair bahawa anda boleh menjadi seorang ikon dalam erti kata dan tafsiran anda sendiri, yang akhinya membanggakan kami semua. Mulakan program keusahawanan di peringkat desa, atau jadilah seorang role-model kepada kami semua (terpulanglah kepada kemahuan dan kecenderungan anda). Kami berdua yakin kepada anda, jangan kecewakan kami pada 31 Mei 2018 seperti kami mana kecewa pada 31 Mei 2017.

Kepada bakal Unduk Ngadau 2018, bacalah kesemua artikel kami dan jadikan ia panduan sebagai persediaan. Belajar dari kesilapan orang lain dan mulakanlah latihan anda dari sekarang, bukan pada April 2018! Percayalah bahawa pertandingan Unduk Ngadau 2018 akan memberikan beberapa dimensi baru kepada kita semua, dan kami yakin dengan apa yang kami katakan dalam artikel ini. Masyarakat akan mula celik dan peka dengan setiap individu dalam versi-versi UN akan datang. Mereka tahu membezakan yang mana Intan dan yang mana Kaca.

Pounsikou

Joehairie dan Lan
2 Jun 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s