Surat terbuka untuk peserta Unduk Ngadau 2018: Menyelusuri adicita filem Huminodun, perjuangan Jo-anna Henley Rampas dan emansipasi wanita dalam memupuk pemikiran Intelektual

Ditulis oleh @Lan dan @joehairie 
Kredit untuk foto: Siung Film Production Sdn Bhd
Kandungan artikel ini adalah pandangan penulis sendiri dan tidak mencerminkan pendapat orang lain

Kami terpanggil untuk menyiarkan artikel ini setelah mendapati beberapa carian dalam talian dilakukan mengenai persediaan untuk Unduk Ngadau. Angka carian tersebut semakin bertambah setiap hari apatah lagi sekarang sudah masuk bulan Mei; musim untuk pencarian Unduk Ngadau yang baru. Kepada bakal perserta Unduk Ngadau 2018, kami sarankan anda untuk membaca artikel in dengan selengkapnya.

Pra-Syarat

Ini tahun 2018. Kita tidak lagi berada di tahun 90-an. Unduk Ngadau 2018 akan membuktikan bahawa kecantikan bukan lagi kayu ukur mutlak dalam menobatkan si juara. Untuk memenangi gelaran Unduk Ngadau 2018, seseorang itu harus punya ‘pemikiran’ yang matang, di luar kotak dan unik dari orang lain. Keintelektualan  seseorang itu akan menjadi garis penentu di antara ‘Juara’ dan tempat kedua.

Perlu diingat bahawa Kostum, kefahaman mendalam terhadap sejarah dan tradisi etnik masing-masing dan keupayaan berbahasa ibunda adalah hanya pra-syarat. Ketiga-tiga elemen ini akan dilihat sebagai keperluan asas dan wajib bagi semua peserta. Usia pertandingan Unduk Ngadau itu semakin matang, maka dengan demikian beberapa perubahan selaras dengan perkembangan semasa akan dengan sendirinya mengubah struktur dalam pemilihan pemenang.

Kita bukan saja mencari seorang wanita yang cantik, yang fasih berbahasa ibundanya; tetapi yang lebih penting adalah seorang wanita yang ‘INTELEK’, yang bijak mengadun gaya pemikirannya; menjurus kepada cita-cita untuk sekurang-kurangnya memperjuangkan masyarakat setempatnya. Dia sanggup berkorban untuk merealisasikan aspirasi masyarakat di daerahnya.

Walaupun perjuangan tersebut mungkin mengambil masa beberapa tahun selepas menjuarai Unduk Ngadau, namun ciri-ciri kepimpinan itu jelas terserlah semasa pertandingan akhir. Bakal juara berupaya untuk memperlihatkan ketokohannya dalam pengucapan awam, penuh keyakinan dan setiap butiran kata-katanya akan diberikan perhatian oleh semua orang.

Pada tahun 2017, kami telah menulis tentang Keyakinan diri dan Aura; 2 faktor yang jelas ada pada Kerinah Mah. Kami meramalkan bahawa pada tahun 2017, Unduk Ngadau yang terpilih adalah seseorang yang sangat yakin pada dirinya dan punya Aura. Ramalan kami tepat.

Pada tahun ini, keyakinan diri dan aura itu masih penting. Kedua-duanya akan mengatasi segala kualiti asas atau pra-syarat. Namun demikian, pada tahun ini, keintelektualan peserta itu akan menjadi kayu ukur akhir dan mutlak. Unduk Ngadau 2018 adalah seorang yang berjaya membuktikan kepada para juri bahawa beliau punya aras pemikiran yang tinggi berbeza dengan peserta yang lain.

Jawatankuasa pertandingan tahun ini sudah semestinya akan mengadun soalan-soalan yang lebih mencabar untuk sesi soal jawab akhir. Soalan-soalan tersebut mungkin tidak lagi ‘Straight Forward’. Jawapan yang diperlukan kepada soalan-soalan tersebut adalah infiniti, bebas penghujungnya tetapi menunjukkan kerapian gaya penyampaian dan pemikiran pemenang.

Jawatankuasa Pertandingan, Para Juri dan kelompok peminat setiap peserta akan mempunyai keperluan dan kehendak berbeza untuk tahun 2018. Masyarakat umumnya menjadi semakin lebih bijak. Masyarakat kini lebih terbuka kepada elemen-elemen semasa, perkara berbangkit yang berlaku di persekitaran mereka. Peserta Unduk Ngadau 2018 harus bersedia untuk menjurus ke arah pemikiran yang lebih ‘intelektual’.

Sayugia diingatkan, untuk Unduk Ngadau 2018, faktor kecantikan jatuh di tempat kedua, mungkin ketiga. Faktor Keintelektualan diikuti oleh keyakinan diri dan kepunyaan aura dalaman akan menjadi penentu antara juara dan tempat kedua. Faktor-faktor ini tidaklah diperkirakan dengan jelas dalam pemarkahan, tetapi kesemua inilah yang akhirnya akan menjadikan Juri nekad dalam menentukan pemenang tahun ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Keintelektualan’ khususnya dalam konteks Unduk Ngadau 2018? Anda tidak perlu mempunyai kelulusan peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah untuk menjadikan anda seorang intelek. Anda hanya perlu untuk berfikir secara jelas bagaimana anda mahu memperkaitkan pengorbanan Huminodun dengan aspirasi diri anda dan masyarakat setempat anda.

Gunakanlah contoh-contoh jelas yang berlaku di persekitaran anda. Beberapa contoh yang jelas adalah mesej tersurat dan tersirat dalam filem Huminodun terbitan Siung Film Production, perjuangan Jo-Anna Henley Rampas dan pergerakan emansipasi wanita.

Artikel ini tidaklah meminta anda untuk mengikut satu aliran politik. Kami tidak berhasrat begitu. Namun demikian, gunakan pemikiran dan perjuangan individu tertentu untuk dijadikan sandaran dalam menentukan kejituan jawapan anda; bahawa anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan bernas kepada sebarang soalan dalam sesi soal jawab di pusingan akhir nanti.

Sebagai contohnya, bagaimana anda akan menentukan jawapan untuk soalan-soalan berikut:

Jika anda dipilih sebagai Unduk Ngadau 2018, apakah yang akan dilakukan oeh anda dalam memperjuangkan hak golongan wanita di daerah anda? 

Sebagai seorang wanita yang menjadi ikon kerana terpilih sebagai Unduk Ngadau 2018, bagaimana anda menterjemahkan Pengorbanan Huminodun dalam  sumbangan anda untuk masyarakat di masa hadapan?

Pada pandangan anda, apakah persamaan di antara anda dengan Huminodun dari sudut pemikiran serta aspirasi? 

Sejauh manakah filem Huminodun terbitan Siung Film Production itu memberikan impak kepada jiwa dalaman anda?

Dari kesemua pemenang Unduk Ngadau dalam tahun-tahun yang sudah, siapakah yang menjadi ikon anda dan kenapa? 

Jika anda dipilih sebagai Unduk Ngadau 2018, di mana anda melihat diri anda 5 tahun dari sekarang?

Kesemua soalan di atas memerlukan daya pemikiran yang pantas, tajam dan jitu. Ingat bahawa kesemua soalan di atas hanyalah panduan untuk mengasah gaya pemikiran anda. Tidaklah kami bermaksud untuk mengatakan bahawa soalan-soalan ini akan ditanya tetapi jika takdir menentukan ia ditanya, apakah jawapan anda untuk soalan-soalan di atas?

Hanya mereka yang banyak membaca dan bergaul akan mempunyai jawapan yang baik. Individu yang mampu menjawab soalan sebegini dikira sebagai seorang wanita yang penuh dengan ‘Keintelektualan’. Dia adalah wanita yang akan memberikan sumbangan dengan caranya tersendiri beberapa tahun selepas menjuarai Unduk Ngadau. Auranya dan keyakinan dirinya akan jelas terlihat semasa menuturkan rangkaian jawapan untuk soalan yang mencabar.

Adicita Filem Huminodun 

Satu hal yang akan memberikan impak kepada penganjuran Unduk Ngadau 2018 adalah ‘kesedaran’ terhadap pentingnya untuk menghargai perjuangan, falsafah dan pengorbanan Huminodun, yang diperlihatkan secara visual melalui filem Huminodun terbitan Siung Film Production Sdn Bhd. Sewaktu ditemuramah, beberapa watak utama dalam filem ini begitu bersungguh-sungguh dalam menyampaikan mesej filem.

Untuk bacaan, berikut adalah sisipan dari sesi temuramah dengan beberapa individu penting yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan filem Huminodun.

Huminodun movie is part of the effort in preserving the Kadazan Language. It is a noble effort of theirs to ensure the longevity of Kadazan Language and therefore the cultural heritage is being protected. This movie also aims at promoting the meaning of Huminodun’s sacrifice for her people, to be ‘translated’ into more meaningful modern thoughts. In a way, Huminodun movie portrayed Sabah’s nature beauty and it will somehow help in promoting the state as one great destination for foreigners who happens to watch the movie.

“As a child, my father, Tan Sri Herman Luping, used to tell us inspiring tales of Kadazan Heroes. It is these stories that have helped to draw Aaron and I to live here in Sabah with our children. We want our Children to grow up with these stories in the same way that I did. But we want them to be able to know these stories in the language of their people.” Jo Luping-Producer and Associate Director of Huminodun

“We are very proud and honoured to be part of this first Kadazan Huminodun movie. It portrays the power of women within a family. Respect and obedience even to the point of sacrificing ones life to save her people. Every Kadazandusun woman should now be proud to know the real meaning of sacrifice through Huminodun to whom we celebrate her beauty every year through the Unduk Ngadau pageant at the Kaamatan Festival.” Joanna Datuk Kitingan- Chair of KDCA Women’s Council, Associate Producer of Huminodun

“We started with Kadazan as a platform to start with and it will open the door of opportunities for other indigenous languages in Sabah. There will be a  Kadazan Language App to be launched at a later stage, an effort to be funded via collections in the premiere. It will then can be used as a model for other indigenous languages.”-Jo Luping.

“Kadazan means the people. If we’re to go through the chants of the Bobohizan, it means the people. Kinoingan have actually called us The People and that was the word Kadazan. So all of us are actually Kadazan, be it Kadazan Rungus, Kadazan Lotud and so on..(whatever district you represent). The history tells us that Sultan Brunei called us then Orang Dusun and that’s how Dusun came about. Originally, we are Kadazan. “-Boni Mosios.

“I have never act in any production. This is my first film. Maybe, a bit of backstage role. I was the Unduk Ngadau 2016 for Kota Marudu. That was the platform they discovered me. I attended the audition for this movie. Of all the candidates, I was chosen. As Unduk Ngadau, I felt honored to be able to play Huminodun character. The hardest part in this movie, was I speak no Kadazan at all, though I am a Kadazan. To start with, I had to start from the very beginning and now I am proud of what I am now, being able to understand the language.”-Alexandra Alexander.

Filem Humnodun ini bukan sahaja memaparkan mesej tersurat mengenai pengorbanan Huminodun. Filem ini mengungkap beberapa adicita yang luhur, pemikiran jelas mengenai asal-usul serta usaha keras individu dalam mempelajari bahasa ibunda, mempertahankannya untuk generasi akan datang.

Filem ini sangat berguna untuk dijadikan rujukan utama kepada bakal peserta Unduk Ngadau 2018. Kesemua peserta harus diberikan peluang untuk menontonnya dan kemudian menterjemahkan maksud tersurat dan tersirat mengikut acuan mereka sendiri, di samping mempertahankan beberapa nilai tradisi.

Kesemua bakal peserta harus berupaya menggarap nilai-nilai positif dalam filem ini dan menjadikan kesemua itu sandaran dalam menetapkan aspirasi masing-masing, dalam menentukan corak peranan serta sumbangan mereka kepada orang lain. Mereka harus secara inteleknya menterjemahkan maksud keseluruhan filem dalam konteks dunia moden.

Inspirasi dari Perjuangan dalam aliran politik

Uniknya tahun 2018 ini juga adalah berlakunya Pilihanraya untuk kedua-dua Dewan Undangan negeri dan juga Parlimen. Mahu tidak mahu, Unduk Ngadau 2018 akan diwarnai sedikit-sebanyak dengan perjalanan dan kesan Pilihanraya. Kami sedar bahawa Unduk Ngadau adalah satu pertandingan bersifat kebudayaan dan bukan disandarkan kepada senario politik semasa.

Walaubagaimanapun, dan apapun keputusan Pilihanraya 2018, Unduk Ngadau tahun ini akan sedikit ‘terkesan’ dengan sekurang-kurangnya oleh beberapa aliran pemikiran baharu. Secara positifnya, bakal peserta Unduk Ngadau 2018 akan mempunyai peluang untuk ‘mengasah’ corak pemikiran mereka dengan bersandarkan kepada elemen-elemen positif yang terhasil dari senario Pilihanraya Mei 2018.

Juara Unduk Ngadau 2007, Jo-Anna Henley Rampas misalnya adalah satu individu yang harus kami ketengahkan dalam penulisan kami. Kami tidak bermaksud untuk meneyebelahi mana-mana parti politik. Yang kami maksudkan adalah kewibawaan Jo-Anna. Kita semua tahu siapa Jo-Anna. Tidak perlu dihuraikan lagi siapakah beliau cukup sekadar menyatakan bahawa beliau adalah Unduk Ngadau 2007.

Pada tahun 2016, kami tercari-cari seorang Unduk Ngadau yang bukan sahaja seorang ratu tetapi menanam semangat dan perjuangan Huminodun. Hanya pada tahun ini, kami melihat seorang ‘Huminodun’ dalam konteks zaman moden. Jo-Anna mengorbankan usia mudanya, cita-cita peribadinya dan masanya untuk membawa aliran pemikiran dan perubahan kepada masyarakat setempatnya di Kiulu.

Menang atau tidak, bagi kami itu soal kedua. Hal terpenting adalah kesanggupan beliau untuk masuk ke dalam gelanggang politik untuk membawa perubahan dan kebaikan kepada masyarakatnya; satu gelanggang yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Sama ada beliau menang atau kalah, beliau sudah awal-awal lagi ‘memenangi’ hati kami kerana tidak semua wanita sepertinya sanggup berkorban dari segala sudut untuk kebaikan ramai.

Jo-Anna boleh sahaja memilih untuk meneruskan kariernya yang lain, atau masuk ke dalam Industri Hiburan secara lebih serius dan mendapat populariti yang diimpikan oleh semua orang. Pada usianya yang masih muda, Jo-Anna memilih untuk mengutamakan nasib masyarakat setempatnya dengan menggariskan beberapa agenda baharu untuk maksud kemajuan sama rata.

Beliau memilih untuk berada di jalan yang sangat sukar dan penuh dengan ketidaktentuan kerana beliau percaya kepada naluri dan jiwanya bahawa beliau mampu untuk membawa perubahan besar kepada masyarakatnya. Berbeza dengan  mereka yang seusia dengannya, beliau bakal menggalas tanggungjawab besar untuk memenuhi keperluan dan kehendak setiap individu dalam masyarakatnya.

Dengan kelulusan akademik, bakat serta kecantikan asli yang ada pada beliau, jalan yang dipilih adalah perjuangan untuk memartabatkan masyarakat di Kiulu; beliau tidak akur dengan jalan mudah. Beliau tidak perlu populariti dalam dunia hiburan. Beliau memilih jalan yang sukar. Itulah perjuangan Jo-Anna Henley Rampas; individu yang menyamai semangat Huminodun, memastikan bukan sahaja kelangsungan hidup masyarakat di Kiulu, tetapi perubahan ke arah pemodenan yang seimbang.

Secara kebetulan pula, salah seorang watak utama dalam filem Huminodun iaitu Jenifer Lasimbang (watak Sumundu) adalah antara calon pilihanraya untuk partinya. Ini semua satu kebetulan tetapi bakal memberikan ‘petunjuk’ dan ‘aliran pemikiran baharu’ di kalangan perserta Unduk Ngadau 2018. Mereka harus menggarap kesemua elemen positif dan menggunakan peluang itu untuk menjadikan diri mereka lebih unik di hadapan dari para peserta yang lain.

Tidaklah kami meminta setiap Unduk Ngadau itu masuk ke dalam gelanggang politik dan berjuang untuk masyarakatnya. Cukup sekadar mencontohi semangat dan aspirasi individu lain dan menjadikannya ia satu ‘benchmark’ untuk pencapaian yang membanggakan di masa hadapan. Janganlah jadi Unduk Ngadau yang penuh dengan kontroversi yang kemudiannya dilupakan untuk selama-lamanya. Jangan jadi ratu untuk 365 hari sahaja.

Jadilah Unduk Ngadau sepanjang usia anda; memberikan jalan kelangsungan kepada legasi Huminodun yang mengutamakan orang lain dari dirinya sendiri. Itulah maksud dan erti kata Unduk Ngadau yang sebenar. ‘Berkorban’ itu penting dan wajib untuk anda dikenang sepanjang waktu sebagai Unduk Ngadau yang sejati. Pilihlah jalan yang sesuai dengan jiwa anda dan realisasikan impian anda untuk membantu orang lain tanpa mengharapkan ganjaran besar atau populariti semata-mata.

Emansipasi wanita

Unduk Ngadau 2018 boleh menerapkan elemen Emansipasi Wanita. Jelasnya yang menyertai Unduk Ngadau adalah semuanya wanita, tidak ada lelaki sebagai peserta (melainkan satu lagi pertandingan yang serupa untuk lelaki yang kami sendiri tidak faham objektifnya). Justeru, ini adalah platform terbaik untuk setiap peserta untuk mula memerjuangkan kesamarataan bagi wanita.

Isu-isu umum yang diperjuangkan dalam Perjuangan Emansipasi Wanita di peringkat global boleh digunakan untuk menyemarak semangat perjuangan bagi maksud memperoleh kedudukan setara bagi kaum wanita. Atau, bagaimana Unduk Ngadau 2018 boleh membantu dalam memberikan perhatian kepada wanita-wanita di desa-desa atau kampung-kampung di pedalaman. Misalnya, bagaimana mereka boleh mendekati golongan ini dan membantu dalam jangka masa panjang.

Kami berharap yang setiap bakal peserta Unduk Ngadau 2018 tahu maksud Emansipasi Wanita. Ditakdirkan anda ditanya bagaimana anda sebagai Unduk Ngadau bercadang untuk mencanang kesedaran Emansipasi Wanita di Kampung halaman anda, dan anda tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan tersebut; turunlah dari pentas dan pulang.

Ini tahun 2018, tahun di mana wanita mula kelihatan perkasa dan intelek. Pertahankan dan teruskan semangat mencapai kesamarataan bagi kaum wanita terutamanya mereka yang berada di desa atau kampung-kampung. Jadilah seperti Huminodun yang sanggup berkorban untuk kelangsungan hidup masyarakatnya. Mulakan dengan diri anda, capailah impian anda dan kemudian bantu mereka yang memerlukan, seperti mana yang dilakukan oleh Jo-Anna Henly Rampas.

Kesimpulan

Artikel ini tidak bermaksud untuk berkempen bagi mana-mana pihak dalam piliharaya akan datang. Artikel ini bermaksud untuk menggunakan beberapa contoh sesuai yang kebetulan ada dalam suasana pilihanraya. Contoh-contoh tersebut digunakan untuk menunjukkan kepada bakal peserta Unduk Ngadau 2018 bahawa mereka perlu mempunyai anjakan paradigma yang tepat, menjadi lebih intelektual dalam menterjemahkan perjuangan Huminodun dalam konteks zaman moden.

Filem Huminodun terbitan Siung Film Production itu wajib ditonton untuk memberikan perspektif luas kepada bakal peserta Unduk Ngadau 2018. Ia adalah untuk menanam semangat perjuangan dan pengorbanan Huminodun dalam minda dan jiwa peserta agar mereka lebih terbuka dalam memahami mesej tersurat dan tersirat; agar mereka lebih memahami sensitiviti dan keperluan masyarakat tempatan; agar mereka bersedia di masa hadapan, mempunyai visi untuk membantu mereka yang memerlukan.

Unduk Ngadau bukan lagi platform untuk memburu Ratu-Ratu yang cantik. Ia adalah satu platform untuk meneruskan legasi Huminodun. Ia bukan platform untuk mencapai populariti. Ia adalah platform untuk mencari ikon yang punya persamaan dengan jiwa, pemikiran dan semangat Huminodun. Keupayaan berbahasa ibunda dan tahu setiap perincian budaya etnik bukan lagi kayu ukur utama.

Kayu ukur utama untuk Unduk Ngadau 2018 adalah ‘Keintelektualan‘. Keupayaan untuk menterjemahkan semangat dan perjuangan serta pengorbanan pihak lain, menjadikannya ia contoh yang baik dan merealisasikan aspirasi diri dan masyarakat, jika bukan sekarang, satu hari nanti. Keupayaan itu bakal ditunjukkan dalam sesi soal-jawab dalam pusingan akhir. Mereka yang tidak bersedia pastinya akan mengulangi kesilapan peserta-peserta tahun-tahun sudah; tergagap-gagap dan tercari-cari jawapan di bumbung pentas.

Akhir kata, jadilah seorang yang Intelektual dalam menyampaikan segala buah fikiran anda sebelum, semasa dan selepas pertandingan Unduk Ngadau. Jangan jadi ratu untuk 365 hari tetapi jadilah ‘ratu’ hati kami sepanjang usia anda.

Kepada Jo-Anna, tahniah, anda telah mencapai status “Huminodun moden” yang kami mahu padankan dengan mana-mana Unduk Ngadau sebelum ini. Anda sanggup berkorban untuk masyarakat anda, andalah ‘Huminodun’ versi moden dan kami berharap lebih ramai ‘Huminodun’ versi moden akan muncul di masa depan, dalam pelbagai cara dan bidang.

Ikhlas dari kami
Anak Jati Tamparuli 
Lan dan Joe

Advertisements

Leave a Reply